USAHA HARI INI UNTUK KEJAYAAN AKAN DATANG

Saiz Tulisan :

kecik

14 Februari - Setelah berpenat lelah, akhirnya Aisyatur Radhiah Binti Airy, tingkatan 5, berjaya mendapat Naib Johan dalam Kategori 10 Juzuk perempuan di Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 2018.

Beliau yang merupakan calon tunggal dari SMISTA berjaya memperagakan bacaan yang baik tetapi rezeki tidak memihak kepada beliau pada kali ini.
Seorang lagi wakil SMISTA, iaitu Haikal Firdaus Bin Jaafaruddin, yang telah bertanding di Peringkat Negeri Johor minggu lepas telah memenangi tempat saguhati.

Ustaz Malik Bin Ahmad, selaku guru pengiring berharap, banyak lagi penyertaan dari Pelajar SMISTA dalam Musabaqah Hafazan untuk tahun-tahun yang mendatang.

“Pelajar-pelajar juga perlu berusaha dengan lebih gigih, mengulang al-Quran supaya al-Quran itu menjadi saksi kejayaan kita di dunia dan di akhirat kelak,” ujarnya.

kecik.jpgWhatsApp Image 2018-02-15 at  8.35.13 AM(1).jpegWhatsApp Image 2018-02-15 at  8.35.13 AM.jpegWhatsApp Image 2018-02-15 at  8.35.14 AM(1).jpegWhatsApp Image 2018-02-15 at  8.35.14 AM.jpegWhatsApp Image 2018-02-15 at  8.35.15 AM(1).jpegWhatsApp Image 2018-02-15 at  8.35.15 AM.jpegWhatsApp Image 2018-02-15 at  8.52.45 AM.jpeg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!