MAJLIS PERJUMPAAN ALUMNI IKB
24 Februari 2018 – Satu perjumpaan antara alumni Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bersama Pengetua IKB, Encik Affandey bin Yaakub telah diadakan di Dewan Ibnu Jamaah IKB. Perjumpaan ini diadakan bagi mengukuhkan lagi ukhwah antara bekas pelajar dan pengajar IKB.
Perjumpaan ini dilaksanakan untuk berkongsi perkembangan terbaharu yang berlaku di IKB dan dalam usaha mengumpulkan data serta menjejaki alumni IKB. Satu perbincangan meja bulat bersama penerima anugerah khas alumni turut diadakan dalam perjumpaan ini.
Hasil perjumpaan ini semua alumni telah bersetuju akan mengadakan Mesyuarat Agung Alumni IKB pada 21 April 2018 akan datang. Semoga ikatan hubungan alumni dan IKB sentiasa kuat dan terjalin erat.