PENARAFAN 4 BINTANG IKB

Saiz Tulisan :

kecik

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) telah menerima penarafan empat bintang susulan daripada Lawatan Audit Penarafan Bintang 2017 Jabatan Pembangunan Kemahiran yang diwakili oleh Pn. Zaidah binti Rakon selaku ketua panel audit, Pn. Noor Azura binti Adnan dan Pn. Norshymah binti Osman pada 29 September 2017.

Penarafan bintang ini merangkumi lawatan pemeriksaan yang terkandung di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) bertujuan memeriksa kualiti pelaksanaan latihan kemahiran berdasarkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi oleh sesebuah penyedia latihan kemahiran.

Penarafan ini meliputi keseluruhan operasi IKB seperti kepimpinan dan tadbir urus, sumber dan fizikal, rekabentuk kokurikulum, penyampaian latihan maklum balas pelajar, perakuan dan pengikhtirafan personel/pengajar, pelaksanaan latihan dan penilaian, kemudahan dan kelengkapan latihan, penambaik kualiti latihan, kajian pengesanan graduan, hubungan/kerjasama strategik serta penjodohan pekerjaan.

Secara keseluruhannya, pihak juruaudit berpuas hati dengan kualiti pelaksanaan latihan serta memberikan maklumbalas yang positif bagi penambahbaikan kualiti pelaksanaan latihan kemahiran di IKB. Moga pada tahun akan datang IKB akan dapat mempertingkatkan prestasi kepada penarafan yg tertinggi kepada 5 bintang.

1.jpgCopy of Star Rating 2017_result 1.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!