SEMBELIHAN HALAL IKB 2018
24 Februari 2018 - Tuntutan mendapatkan makanan yang halal menjadi satu perkara penting setiap Muslim. Pemakanan yang halal merupakan salah satu ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat khususnya bgai perkembangan minda serta hati manusia. Pemakanan yang halal juga akan membuatkan Muslim itu bersifat baik dan mulia.
Unit Pembangunan Insan IKB dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan kursus penyembelihan bagi pelajar tahun 1 IKB. Objektif kursus adalah memberikan kefahaman kepada peserta mengenai konsep halal dan haram dari sudut Islam. Memantapkan kefahaman kepada peserta mengenai penyembelihan menurut konsep halalan toyyiban.
Peserta turut diberi pendedahan secara teori dan amali kepada peserta mengenai kaedah penyembelihan binatang menurut Islam.