ASNAF DIUTAMAKAN

Saiz Tulisan :

KECIK

26 Feb– Skuad Jejak Asnaf Bukit Bintang dan Titiwangsa turun padang yang diketua oleh Ustaz Mohd Nizam, Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP k menyantuni warga emas Puan Rohtijah tinggal bersama anak perempuannya Puan Nabiha di Flat Seri Perlis 2, Jalan Datuk Keramat.

Hasil semakan Puan Rohtijah pernah menerima Bantuan Kewangan Bulanan sejak 2011 sebanyak RM300 sebulan dan Bantuan Rumah Sewa Bulanan sejak tahun 2010 namum tidak hadir membuat pemyambung bantuan.

Rentetan itu, Skuad turun melihat Puan Rohtijah yang berusia 75tahun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, kolestral yang kronik. Lebih malang lagi beliau hanya berkerusi roda yang membataskan pergerakan beliau akibat daripada kemalangan terdahulu.

Sumber pendapatan hanya bergantung kepada anakya seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang nya berusia 18 tahun hingga 10 tahun.

Pihak Baitulmal MAIWP akan membantu Puan Rohtijah sekeluarga sebaiknya agar beban yang ditanggung dapat diringankan

Terima kasih pembayar zakat
Amanah Anda Kami Laksanakan

1.jpeg2.jpeg3.jpeg4.jpeg5.jpeg6.jpegKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!