IMPIAN ASNAF
27 Feb - Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan merealisasikan impian para asnaf memiliki rumah menjadi satu kenyataan. Majlis penyerahan replica kunci dan surat terimaan telah diadakan di Auditorium DBKL, Kuala lumpur.
Program ini dipelopori oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan dilaksanakan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan melibatkan MAIWP, DBKL, Yayasan Wilayah Persekutuan, Celcom, TNB dan lain-lain agensi. Ia merupakan satu program yang menyediakan bantuan rumah bagi mereka yang memerlukan.
Penglibatan MAIWP dilaksanakan dengan penyaluran dana zakat sebanyak RM819,000 yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi
YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan di majlis tersebut mengucapkan terima kasih kepada MAIWP kerana dapat bersama-sama dalam program ini dan berharap ia dapat diteruskan bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan asnaf.
Menerusi program Baiti Jannati ini, para penerima akan merima rumah yang telah dilengkapi dengan peralatan elektrik dan perkakasan rumah termasuk lampu, kipas dan sebagainya.