PROFESIONALISME GURU TADIKA MAIWP DIPERTINGKAT
3 Februari 2018 – Seramai 68 graduan guru-guru Tadika Islam MAIWP telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen kali ke-8 Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK) di de’Wan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Mereka merupakan kumpulan pertama yang berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) tajaan MAIWP. MAIWP telah mengadakan kerjasama dengan KPAKK bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru Tadika Islam MAIWP.
Pada majlis ini juga, Puan Sarimah Binti Markam dari Tadika Islam MAIWP Al-Watan, Zon Titiwangsa telah dipilih sebagai penerima Anugerah Dr Khadijah Zon (Akademik) kerana telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam penilaian akademik. Anugerah ini merupakan satu pencapaian yang terbaik serta dapat memberi suntikan semangat kepada guru-guru Tadika Islam MAIWP untuk meningkatkan lagi potensi dan kualiti Pengajaran Dan Pemudahcara (PdPC) Tadika Islam MAIWP