PENGHAYATAN CINTA
Pada 21-23 Februari 2018 - Program penghayatan cinta iaitu Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Al-Quran dan Cinta Ibu bapa telah diadakan untuk 31 orang pelatih Rumah Perlindungan Dar Assaadah.
Program Khemah Ibadah yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi kerohanian, fizikal dan minda dalam mencapai objektif melahirkan insan solehah.
Program ini yang diadakan dengan kerjasama Ustaz Hasnan iaitu pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia dianjurkan dengan matlamat melahirkan pelatih yang mengetahui, menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.