MAHRAJAN RIADHI SANAWI KALI KE 2 PONDOK MODEN AL ‘ABAQIRAH,MAIWP

Saiz Tulisan :

kecik

24 FEB 2018 – Temasya Sukan Tahunan atau dikenali juga dengan Mahrajan Riadhi Sanawi Kali Ke 2 Pondok Moden Al ‘Abaqirah telah menutup tirainya dengan jayanya di Kompleks Sukan Negara,Setiawangsa Kuala Lumpur.

Temasya Sukan Tahunan ini telah berlangsung selama hampir 3 minggu bermula pada tanggal 5/2/2018 hinggalah hari penutupannya pada 22/2/2018 yang lalu.Pelbagai aktiviti sukan telah di jalankan sepanjang program,di antaranya sukan badminton,bola sepak,sepak takraw,dart,bola tampar,merentas desa,balapan dan perbarisan kontijen rumah sukan.

Temasya sukan dimulakan dengan acara balapan larian 100m dan 4x100m.Disamping itu juga,guru-guru Pondok Moden Al’Abaqirah turut mengambil bahagian dalam acara 4x100m sambil disaksikan oleh para pelajar dengan sorakkan dan diiringi tepukan.Bagi menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan kali ini acara tarik tali juga turut diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dan kerjasama di antara pelajar.

Temasya sukan diteruskan lagi dengan upacara perbarisan kontijen rumah-rumah sukan ( Badar,Hunain,Tabuk,Uhud dan Khandak),dan kemudian diikuti dengan ucapan penutupan Mahrajan Riadhi Sanawi oleh Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri Mufti Wilayah Persekutuan.

Secara keseluruhannya, Rumah Kuning (Khandak) telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Merah (Tabuk). Bagi acara perbarisan, Rumah Kuning berjaya dianugerahkan tempat pertama manakala Rumah Hijau memenangi tempat kedua. Rumah Merah turut berjaya memperolehi tempat pertama dalam acara tarik tali, diikuti dengan Rumah Biru (Badar) yang meraih tempat kedua. Mohd Faris Bin Izzudin dari Rumah Merah (Tabuk) diumumkan sebagai olahragawan Mahrajan Riadhi Sanawi Kali Ke 2 bagi tahun 2018.

1930887_557390534624764_1292617213000456683_n.jpg27867916_557390641291420_7406521673493704596_n.jpg27972292_555506798146471_595263813508093327_n.jpg27972295_555507961479688_2063438475195020961_n.jpg28055671_557390514624766_4768413870341881642_n.jpg28055799_557390504624767_4849390029329136306_n.jpg28055991_557390661291418_5905652884933306728_n.jpg28056277_557390694624748_4324514080249697226_n.jpg28059367_557390557958095_4590346777567077323_n.jpg28059451_557390611291423_6187106284739656715_n.jpg28168748_557390747958076_2393221196910888425_n.jpg28276898_557390587958092_9103989728079214888_n.jpg28277265_557390697958081_8408010928605778427_n.jpg28379273_557390867958064_8876453201975988857_n.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!