MAIWP BANTU KELUARGA SEHELAI SEPINGGANG
22 Feb – Pada 7 Oktober 2017 sebanyak tiga buah rumah kembar sederet di Kampung Haji Idris, Gombak telah dimusnah dijilat api. Dalam kebakaran tersebut kesemua mangsa selamat dan tiada kecederaan. Kebakaran tersebut menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang berikutan api merebak cepat dan tidak sempat menyelamatkan harta benda.
Bagi meringankan beban, MAIWP telah menyalurkan bantuan pemulaaan iaitu Bantuan Musibah sebanyak RM1,100.00 serta kit musibah bagi meringankan beban mangsa yang terlibat. Seterusnya, MAIWP menyalurkan pula Bantuan Membina Rumah kepada 3 mangsa kebakaran berkenaan .
Majlis Penyampaian Bantuan Membina Rumah ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP kepada Puan Rafeah binti Abdul Azizi, Puan Rashidah binti Abdul Aziz dan Puan Radhiah binti Abdul Aziz.
Sebanyak RM200,000 telah diluluskan oleh MAIWP bagi pembinaan rumah baru 3 bilik di atas tapak rumah sedia ada yang musnah terbakar.
Rumah mereka kini sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada akhir Mac 2018.