3 BERADIK TANPA PENJAGA

Saiz Tulisan :

KECIK

22 Februari 2018 (Khamis) – Skuad Jejak Asnaf BBintang/Titiwangsa Baitulmal MAIWP telah turun padang untuk menyantuni 3 adik beradik bawah umur yang tinggal di Perumahan Awam DBKL Jalan Loke Yew Kuala Lumpur tanpa sebarang penjagaan orang dewasa bersama mereka.

Hal ini kerana ibu saudara mereka yang menjaga mereka sejak kecil baru sahaja meninggal dunia akibat kanser payudara pada minggu lepas. Mereka masing-masing berumur 18, 16 dan 10 tahun kini masih tetap tinggal di rumah yg didiami bersama ibu saudaranya sebelum ini.

Ibu saudara mereka mengambil alih sebagai penjaga sejak ibu bapa kandung mereka berpisah sejak 12 tahun yang lalu. Suami kepada ibu saudara mereka telah berpindah keluar daripada rumah tersebut kerana keadaan rumah tanpa bilik yg serba kekurangan tidak sesuai didiami oleh beliau yg tiada ikatan darah dengan anak saudara isterinya.

Kini kehidupan mereka hanya bergantung kepada ihsan jiran dan bapa saudara mereka yang akan memberikan wang saku kepada mereka. Selain itu, kakak sulung kpd 3 beradik ini telah berusaha mendapatkan pekerjaan sebagai pembantu kedai di kawasan Bukit Bintang bagi menyara 2 adiknya yang masih bersekolah.

Pihak Baitulmal MAIWP sentiasa berusaha untuk menyantuni mereka yang memerlukan. Jutaan terima kasih buat penyampai maklumat.

1.jpeg2.jpeg3.jpeg4.jpeg5.jpeg6.jpeg7.jpegKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!