BERITA TIDAK BENAR TERSEBAR SEMULA
Tular semula sekarang ini posting Renungan Sentap yang ditulis oleh pengguna FB Saff Rainz tentang pengurusan zakat.
Posting ini sudah tersebar sejak tahun 2015 dan MAIWP telah memberi penjelasan. Saff Rainz sendiri telah menyiarkan maklumbalas MAIWP di wall FB seperti gambar dan kemudiannya didapati akaun FB tersebut telah ditutup.
Di dalam beberapa blog yang memetik topik yang sama sejak 21 Februari 2018, tidak diketahui apakah motif blog2 ini.
Di awal tulisan tersebut memuatkan kisah yang tidak pasti kesahihannya tentang seorang pakcik yang didakwa mendapatkan bantuan dari gereja d Johor.
Kemudian tulisan seterusnya satu persatu "copy paste" posting Saff Rainz yang menyalahkan agensi zakat.
Memadangkan ia masih viral, maka MAIWP sebagi salah satu agensi di Malaysia yang bertanggungjawab dalam menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan mengemukakan sekali lagi maklumbalas sepertimana yang pernah dikemukakan pada tahun 2016.
MASUK KERJA JAM 7 BALIK 5 PETANG, PEGAWAI ZAKAT TAK BUAT APA
Sebagaimana yang ditulis, perkara ini merupakan satu dakwaan melulu. Di MAIWP, kami menerima lebih 300 orang pemohon bantuan yang datang ke kaunter setiap hari. Tidak ada masa utk kami melakukan apa yg didakwa.
MENCARI ASNAF
Spt banyak kali maklumkan, di Wilayah Persekutuan, kami telah menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP utk cari mereka yang susah dan tercicir dan kami bukan hanya tunggu di pejabat. Kami buka talian hotline utk mudahkan org laporkan kalau ada di kawasan mereka yg dalam kesusahan. Tapi ini bukan bermaksud kami sendiri tidak mencari, cuma kami turut mengharapkan kerjasama orang ramai utk salurkan mklumat sekiranya kami terlepas pandang.
BANTUAN BERBULAN2 BARU DAPAT
Di Wilayah Persekutuan, kelulusan bantuan akan diberikan dalam tempoh 5 hari setelah dokumen lengkap dan bantuan akan disalurkan kepada penerima dalam 2 minggu. Jadi di mana asas dakwaan ini?
WANG UTK PELAJAR KENA BERI TANPA BAYAR BALIK
Sememangnya bantuan-bantuan zakat di MAIWP kesemuanya tidak perlu dibayar balik termasuk bantuan pelajaran, perniagaan dan lain2.
BANGUNAN PEJABAT ZAKAT DAN GAJI
Telah diperuntukkan dalam asnaf zakat iaitu amil untuk digunakan bagi membiayai pengurusan institusi zakat. Tp jumlah yang boleh digunakan perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan dari JK Hukum Syarak yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan bukan sewenang2nya digunakan. Kami sentiasa diaudit dan MAIWP telah menerima sijil audit bersih 11 tahun berturut2 dan 4 bintang bagi indeks akauntabiliti pengurusan kewangan daripada Jabatan Audit Negara 3 tahun berturut-turut.
KEBANYAKAN BANTUAN BUKAN DARI PUSAT ZAKAT
Percaya atau tidak, sebahagian besar kes yang keluar di akhbar bila disemak mendapati mereka sebenarnya telah menerima bantuan zakat.
SKANDAL WANG PALESTIN HILANG
Perkara ini tidak berlaku di MAIWP dan mohon ia dapat dirujuk terus kpd negeri yang berkaitan.
Maka inilah antara maklumbalas yang MAIWP boleh berikan bagi menjawab tulisan viral berkenaan. Harus diingat pengurusan zakat adalah di bawah bidang kuasa negeri masing2 dan bagi memudahkan maklumbalas diberikan dengan tepat, sewajarnya ia ditujukan kepada agensi zakat di negeri berkaitan dan tidak "pukul rata" semua agensi zakat.
Tolong sama-sama "share" utk sama-sama beri penjelasan.
Jangan hanya sebarkan perkara yang negatif, yang positif didiamkan.
#maiwp
#tularsemula