KEM BINA POTENSI DIRI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Saiz Tulisan :

kecik

Hulu Langat: Seramai 25 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengikuti kem kepimpinan di Nur Lembah Pangsun yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Februari 2018.

Tujuan utama kem tersebut dianjurkan adalah bagi menjadikan MPP sebagai entiti tertinggi dalam kalangan pelajar. Pengarah program, Ustaz Muhammad Syauqi mengatakan, MPP yang majoritinya dalam kalangan pelajar Tahun 2 dan Tahun 3 boleh memanfaatkan pengisian sepanjang kem kepimpinan itu sebagai pedoman menjalani kehidupan sehari-sehari. Tambahnya lagi, mereka yang dilantik bagi memegang tanggungjawab itu perlu sedar bahawa badan MPP bukan sekadar jawatan, sebaliknya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu.

Aktiviti ceramah yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Akram Taib Azamudden yang menerangkan tentang ciri-ciri dan panduan kepimpinan cemerlang ternyata menarik minat peserta. Penganjuran kem ini sememangnya mendorong para peserta menjadi badan perwakilan pelajar yang lebih bertanggungjawab

27545530_544475989249552_1785585645901983252_n.jpg27749835_546845175679300_4871337977447484622_n.jpg27750466_1847377085293890_6897808812570848534_n.jpg27858042_1847377111960554_7022318040313085482_n.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!