BAITULMAL MAIWP PERMUDAHKAN ASNAF
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Bahagian Baitulmal merupakan salah sebuah agihan zakat yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf yang memerlukan. Pelbagai pendekatan baru diperkenalkan dan penambahbaikan dilaksanakan, jika dahulu asnaf perlu hadir ke ibu pejabat Baitulmal untuk mendapatkan borang atau memohon bantuan Baitulmal, tetapi kini, bagi memudahkan asnaf memohon bantuan, MAIWP telah menubuhkan Pusat Agihan Zakat (PAZA) Baitulmal MAIWP di setiap kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan.
Keadaan ini menjadikan PAZA sebagai pusat tumpuan golongan asnaf yang ingin mendapatkan bantuan dan maklumat tentang skim-skim bantuan zakat yang disediakan seperti :
1. Skim Bantuan Kewangan Bulanan
2. Skim Bantuan Aidilfitri
3. Skim Bantuan Takaful Asnaf
4. Skim Bantuan Perniagaan
6. Skim Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
5. Skim Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
6. Skim Bantuan Deposit Sewabeli Teksi
7. Skim Bantuan Pembelian Motosikal Roda Tiga OKU
8. Skim Bantuan Baiki / Bina Rumah
9. Skim Bantuan Deposit Pembelian Rumah Kos Rendah
10. Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan
11. Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang
12. Skim Bantuan Perubatan
13. Skim Bantuan Perkahwinan
14. Skim Bantuan Guaman Syarie
15. Skim Bantuan Kecemasan
16. Skim Bantuan Musibah
17. Skim Bantuan Tambang dan Keperluan Diri
18. Skim Bantuan Am Pelajaran IPT / Persediaan IPT & Sekolah Berasrama
19. Skim Bantuan Insentif Khas Pelajar Cemerlang
20. Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
21. Skim Bantuan Yuran Tuisyen
22. Skim Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
23. Skim Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan (PICOMS)
24. Skim Bantuan Am Persekolahan
25. Skim Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan
26. Skim Bantuan Yuran Tuisyen
27. Skim Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan
28. Skim Bantuan Kepada Institusi Tahfiz
Walaupun telah diwar-warkan kepelbagaian skim-skim yang disediakan, namun masih ramai yang tidak tahu atau mengambil pendekatan ‘tidak akan layak’ tanpa datang sendiri bertanya mengenai Skim yang ditawarkan. Persepsi karenah birokrasi yang rumit, perlu mengisi borang berhelai-helai, proses permohonan yang lambat serta pelbagai lagi anggapan negatif sering bermain di minda masyarakat mengenai pengurusan agihan zakat.
Baitulmal MAIWP sentiasa membuat penambahbaikan dalam memudahkan urusan asnaf memohon bantuan zakat. Jika dahulu borang bantuan yang perlu diisi adalah sebanyak 8 mukasurat tetapi kini dipermudahkan dengan hanya perlu mengisi borang 2 mukasurat sahaja dengan mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan tanpa sebarang prosedur yang menyukarkan. Lengkapkan borang, beri maklumat tepat mengenai pendapatan, tanggungan dan tempat tinggal dan sekiranya layak bantuan akan disalurkan.
Kebiasaannya masyarakat kurang faham siapakah golongan yang layak terima zakat dan mekanisma apakah yang digunakan dalam mengenalpasti asnaf menyebabkan wujudnya anggapan bahawa proses permohonan bantuan menyusahkan . Disebabkan inilah, pihak Baitulmal sangat mengalu-alukan masyarakat untuk datang sendiri ke kaunter untuk mendapat maklumat lanjut mengenai bantuan Zakat Baitulmal MAIWP.
Sehingga kini, Baitulmal MAIWP telah berjaya membuka 10 buah PAZA di setiap parlimen iaitu di :
i. Parlimen Bukit Bintang
ii. Parlimen Bandar Tun Razak
iii. Parlimen Batu
iv. Parlimen Setiawangsa
v. Parlimen Titiwangsa
vi. Parlimen Seputeh
vii. Parlimen Lembah Pantai
viii. Parlimen Segambut
ix. Parlimen Wangsa Maju
x. Parlimen Labuan
Sekiranya terdapat golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk datang ke kaunter kerana masalah kesihatan misalnya, Pihak Baitulmal sendiri akan datang ke rumah mereka setelah mendapat maklumat dari jiran mereka.
Tambahnya lagi, bagi skim bantuan kewangan bulanan, bantuan akan diberikan selama setahun kepada golongan asnaf yang layak dan akan diperbaharui setiap tahun dengan mengambilkira pendapatan dan tanggungan semasa ketua keluarga tersebut. Bagi asnaf yang ingin memajukan diri dan menambah pendapatan keluarga bantuan berbentuk keusahawanan akan diberikan,. Antara objektif utama skim-skim Bantuan Baitulmal selain bantuan berbentuk sara hidup, bantuan diberikan bertujuan membantu asnaf menjana ekonomi keluarga agar dapat keluar dari kepompong kemiskinan. Antara bantuan yang dilihat memberi impak adalah Bantuan Akademik dan bantuan-bantuan berbentuk keusahawanan bagi membantu asnaf berjaya sekaligus menukar status mereka dari asnaf kepada pembayar zakat.
Baitumal juga melalui Skuad Jejak Asnafnya, akan turun padang setiap minggu ke lokasi-lokasi tertentu di sekitar Wilayah Persekutuan bagi menjejaki dan menziarahi asnaf yang memerlukan bantuan sekaligus membantu meringankan beban mereka menerusi Skim-Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP.
Bagi maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh emailkan kepada [email protected].