MANFAAT DARI ZAKAT

Saiz Tulisan :

kecik

Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang merupakan antara prasarana yang dibuka hasil manfaat daripada zakat.

Pembukaannya bermula dengan dana zakat sebanyak RM9.8 juta daripada MAIWP. Dengan dana tersebut, ia telah digunakan untuk pembelian dan pengubahsuaian premis menjadi sebuah pusat pembedahan lengkap dengan peralatan pembedahan yang canggih dan terkini.

Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Kementerian Kesihatan melalui Hospital Selayang pula telah menyediakan tenaga pakar bagi rawatan perubatan .

Penubuhannya telah memberi manfaat yang besar kepada para pesakit katarak. Sebelum penubuhannya, para pesakit katarak terpaksa menunggu sehingga setahun sebelum dapat menjalani pembedahan. Kini, tempoh tersebut telah dipercepatkan kepada 2 minggu sahaja.

Dengan kapasiti pembedahan katarak 20-30 pesakit sehari, pusat pembedahan katarak ini mampu melaksanakan antara 5 ke 7 ribu pembedahan setahun.

Sehingga 31 Disember 2017, jumlah pembedahan katarak yang telah dilaksanakan adalah sebanyak 12,083.

Inilah hasil daripada manfaat zakat. Terima kasih para pembayar zakat. Amanah anda MAIWP Tunaikan.

Pada 12 Februari baru-baru ini, YBhg. Dato' Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah mengadakan lawatan ke pusat pembedahan katarak ini bagi melihat lebih dekat operasinya.

katarak (1).jpgkatarak (2).jpgkatarak (3).jpgkatarak (4).jpgkatarak (5).jpgkatarak (6).jpgkatarak (7).jpgkatarak (8).jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!