BAITULMAL SEDIA MEMBANTU
Skuad Jejak Asnaf Setiawangsa menyantuni keluarga En. Sha'ari bin Jaafar (64 tahun) tinggal di perumahan Kelumpuk Camar Blok C, Taman AU3, Keramat Kuala Lumpur.
Beliau tinggal di rumah sendiri bersama isteri dan seorang anak tunggal berumur 28 tahun yang masih bekerjA. En.Sha'ari telah menghidap sejenis penyakit kulit (proriasis) sejak tahun 1990 ketika beliau masih bekerja di sebuah kilang Instrumental Sdn.Bhd di Keramat.
Ketika tempoh tersebut sehingga beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 2006 rawatan beliau ditanggung oleh pihak insuran syarikat.Namun selepas tempoh tersebut dan sehingga kini beliau menggunakan kos sendiri untuk membeli ubatan.
Antara ubatan yang disarankan oleh doktor yang merawat beliau sebelum ini adalah seperti cream vaselin,susu omega plus,pampers teana dan mandian serta shampoo Baby Johnson.
Beliau juga sebelum ini tidak pernah menerima sebarang bantuan dari Baitulmal MAIWP. Baitulmal akan menyalurkan Bantuan Perubatan Am dan Bantuan Kewangan Bulanan bagi meringankan beban beliau sekeluarga.
Amanah anda kami laksanakan