LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENGHUNI DARUL ILMI

Saiz Tulisan :

kecik

7 FEBRUARI  2018-Darul Ilmi, Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP telah mengadakan lawatan tahunan ke Darul Insyirah, Bangi dan Kilang Roti Gardenia, Shah Alam. 

Darul Insyirah adalah sebuah pusat yang menyediakan kelas-kelas pengajian agama dan perkhidmatan penjagaan warga emas secara harian, mingguan dan bulanan.  Penghuni diberi taklimat ringkas oleh Pengasas dan Pengerusi Darul Insyirah iaitu Puan Hajjah Asral Widad tentang pengajian yang dilaksanakan.

Hasil lawatan ini dapat berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat serta mewujudkan hubungan kerjasama dan perkongsian pintar antara antara dua institusi pusat pengajian warga emas. Selain itu juga penghuni telah dibawa ke Kilang Roti Gardenia, Shah Alam.  Lawatan ke kilang ini sedikit sebanyak dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru bagi penghuni Darul Ilmi.

DI 1.jpgDI 2.jpgDI 5.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!