HARAPAN DIBERI KEJAYAAN MENANTI

Saiz Tulisan :

kecik

Dewasa ini,kerap kita dengar,lihat atau tonton kisah remaja hamil tanpa nikah dan kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar,television dan juga radio.

Bagi sesetengah orang pasti melihat kesalahan yang pernah dilakukan remaja perempuan itu dengan pandangan negatif, malah ada yang terus menjatuhkan ‘hukuman mati’ kepada pelaku tanpa sedikit ruang kemaafan atau peluang untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

Namun, itu tidak berlaku di Dar Assaadah. Di sini remaja tersebut dianggap sebagai sebagai hamba Allah yang perlu dibimbing dan dicorak semula menjadi insan yang lebih baik. Mungkin segelintir masyarakat memandang serong atas kesilapan dan dosa yang mereka lakukan sebelum ini tapi jauh di sudut hati pelatih, andai masa dapat diputar mungkin tidak sesekali mereka mahu terjebak dengan hubungan haram tanpa ikatan yang sah.

Dar Assaadah merupakan salah satu institusi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Insan. Dimana ia menempatkan golongan gadis atau wanita yang bermasalah dari segi sosial dan hamil tanpa nikah. Dimana mereka akan diajar cara pengurusan diri, kemahiran vokasional seperti memasak,jahitan dan kraftangan, kelas al-Quran dan fardhu ain.

Bagi kami, mereka sudah buat salah, tapi sudah menjadi tanggungjawab kami untuk perbetulkan. Di Dar Assaadah, mereka bukan saja diberi sokongan selepas bersalin, malah perlu ambil masa sehingga mereka betul-betul kuat dari segi mental dan fizikal.

DAS 2.JPGDAS 3.jpgDAS 5.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!