ASNAF DISANTUNI

Saiz Tulisan :

kecik

6 Feb - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya telah turun menyantuni Encik Tajuddin bin Mohd Saman di rumah beliau Presint 9, Putrajaya. Beliau yang berusia 70 tahun menghidapi penyakit strok dan terlantar.

YBhg. Dato' Haji Paimuzi Bin Haji Yahya Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah hadir untuk menyampaikan bantuan kepada beliau. Beliau menerima bantuan kewangan bulanan dan bantuan perubatan am berupa susu dan pampers.

Turut hadir bersama Haji Abdul Hakim Amir Osman Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Ustazah Wan Maizatun Binti Wan Hassan Pengurus MAIWP Cawangan Putrajaya, Tuan Haji Safian Bin Md. Salleh Wakil Majlis Perwakilan Penduduk, Encik Azhar Abu Samah Pengarang Bersekutu Rencana dan Encik Zainudin Isa Pengarang Bersekutu Digital/Ehwal Semasa dari Berita Harian.

Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban beliau dan keluarga. Terima kasih pembayar zakat.

Amanah Zakat Anda Kami Laksanakan.

kecik.JPGputrajaya (1).JPGputrajaya (2).JPGputrajaya (3).JPGputrajaya (4).JPGputrajaya (5).JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!