MAIWP PATUHI DASAR
30 Jan. – “Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar kita kini telah memasuki bulan ke-2 tahun 2018. Oleh itu, saya mengharapkan agar segala tugasan dapat dilaksanakan sebagaimana telah dirancang bagi tahun ini”, kata YBhg.Dato’Haji paimuzi bin Yahya, KPE MAIWP dalam ucapannya di perhimpunan bulanan MAIWP.
Majlis yang diadakan di Dewan Seminar, Kuala Lumpur itu merupakan perhimpunan pertama bagi tahun 2018. Perkara pertama yang beliau ingatkan kepada seluruh warga MAIWP ialah agar sentiasa patuh kepada dasar-dasar kerajaan agar segala pelaksanaan tugas selari dengan dasar-dasar tersebut.
Dalam pada masa yang sama turut mengucapkan syukur kerana bajet yang diumumkan pada tahun lalu sangat memberi manfaat kepada seluruh penjawat awam. Oleh itu, beliau mengingatkan juga agar warga MAIWP dapat menyusun jadual dan mengambil manfaat yang diberikan oleh kerajaan bagi melancarkan tugas masing-masing.
Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Mohamad Rushdan bin Ab. Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan yang akan berpindah dan bertugas di Negeri Sembilan. Semoga beliau terus cemerlang di tempat yang baru.
Antara pengisian majlis kali ini ialah perkongsian ilmu dari Encik Mohd Husaini bin Hussin, Pegawai Psikologi yang menjalani kursus di Mesir selama 3 bulan. Selain itu, turut diraikan ialah Pn. Wan Odiah Binti Ramly yang telah bersara pada 21 Januari 2018 yang lalu. Beliau telah berkhidmat di MAIWP bermula 3 Mei 1994 sebagai Pembantu Tadbir (P/O), dan penempatan terakhir beliau berkhidmat ialah di Kompleks Dar-Assadah. Segala sumbangannya kepada MAIWP amat dihargai dan semoga bahagia bersama keluarga yang sentiasa menanti kepulangan ibu tercinta. Akhir sekali ialah Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) bulan November.