KUNJUNGAN MAHABBAH KE MSN

Saiz Tulisan :

MAHABBAH MSN 2 kecik

18 Januari 2018 - Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN), sebuah institusi pengajian hadis selian MAIWP telah menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP. Ybhg. Ustaz Mohd Ajib bin Ismail.

Kunjungan ini juga turut dihadiri oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, Ustaz Mohammad Rushdan Bin Ab. Hamid, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, Ustaz Mohd Rodzi Bin Osman dan Ketua Unit Perlindungan BPI, Pn. Nor Azlin Binti Abu Mansor.

Kunjungan yang mengambil masa sekitar satu jam ini secara umumnya boleh disifatkan sebagai kunjungan mahabbah dalam erti kata mengeratkan lagi hubungan di antara pengurusan MAIWP dan institusi-institusi dibawahnya. TKPE juga mengambil peluang untuk berucap memberikan amanat serta nasihat di hadapan pelajar MSN memandangkan para pelajar pada ketika ini sedang berada di dalam minggu peperiksaan.

MAHABBAH MSN 2 kecik.jpgMAHABBAH MSN 2.jpgMAHABBAH MSN.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!