BAITUMAL HIMPUNKAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Saiz Tulisan :

10

BAITULMAL MAIWP dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Bengkel Permohonan Bantuan Zakat Kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO's) selama 3 hari bermula 26 - 28 Januari 2018 di Melaka.

Bengkel NGO ini telah menghimpunkan seramai 114 org daripada 57 agensi Badan Bukan Kerajaan (NGO) di dalam dan luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bengkel ini dimulakan dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Paimuzi Bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Dalam ucapan YBhg. Dato' Haji Paimuzi bin Yahya, beliau berharap para peserta yang hadir pada bengkel kali ini dapat memberikan input-input berguna untuk kemaslahatan bersama.

Sebelum bersurai, para peserta diberi peluang utk sesi soal jawab bersama MAIWP dan YADIM. Sesi seterusnya pada hari kedua dan ketiga, para peserta bengkel akan diberikan pendedahan berkaitan fiqh taayush, fiqh taawun, pemerkasaan akidah ahlussunnah wal jamaah dan lain-lain.
Turut hadir menyerikan majlis YBhg. Dr. Yusri Mohamad, Yang Dipertua YADIM dan beliau juga merupakan salah seorang pembentang di dalam bengkel tersebut. Dalam pada itu, YBhg. Ustaz Mohd Nizam Bin Haji Yahya Pengurus Baitulmal MAIWP juga turut hadir meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis.

1.jpeg10.jpeg2.jpeg3.jpeg4.jpeg5.jpeg7.jpeg8.jpeg9.jpegKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!