PROGRAM MODUL JATI DIRI PELAJAR IKB
18-19 Januari - Program yang pertama kali diadakan ini merupakan satu proses transisi kepada pelajar dan pengajar di IKB bagi tahun 2018.
Ia dilaksanakan dengan memberi pendedahan dan penekanan dalam membentuk diri pelajar menjadi seorang yang cemerlang serta serba boleh.
Pelaksanaan program ini dapat membangunkan modul jati diri meliputi pembangunan sahsiah, kognitif (kurikulum), Afektif (kejiwaan) dan psikomotor (jasmani). Antara slot yang dijalankan seperti pengurusan masa, ceramah kerjaya, kemahiran komunikasi, sukan riadah dan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Tuan Hj. Mohammad Rushdan bin Ab. Hamid.