MUSIBAH KEBAKARAN DI PUTRAJAYA
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
23 Januari 2018 (Selasa) jam 9.30 pagi MAIWP Putrajaya telah turun ke rumah EN. NOR AZMAN BIN MAT JINI di Perumahan Kakitangan Awam Presint 11 Putrajaya untuk melihat kes kebakaran di rumah tersebut.
Kebakaran yang berlaku pada jam 3.00 pagi tadi memusnahkan sepenuhnya dua buah kereta beliau. Turut mengalami kerosakan ialah dua buah kereta lagi, ruang pakir dan hadapan rumah tersebut.
Semasa kejadian, En. Nor. Azman, isteri, anak, menantu dan dua cucu sedang tidur di dalam rumah. Tiada kecedaraan atau kehilangan nyawa dilaporkan
MAIWP akan menyantuni keluarga ini sebaiknya melalui Skim Bantuan Musibah. Terima kasih atas pemberi maklumat. Asnaf diutamakan, amanah zakat kami tunaikan