KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM 2017) PMA-MAIWP
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
1 Jamadil Awal 1439H,18 Jan 2018 (Khamis)-Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) PMA-MAIWP yang telah disempurnakan oleh TKPE O Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail).
Alhamdulillah, seramai 2 orang pelajar telah mendapat Pangkat MUMTAZ iaitu Muhammad Rushdan bin Amir & Ikhwan Haziq bin Mohamad Hakim dan juga 8 orang yang mendapat pangkat JAYYID JIDDAN.
Majlis ini juga telah dihadiri oleh IR Abd Karim bin Mohamad, Ustaz Rodzi, Us Husaini dan wakil dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP).
Bagi kami warga pendidik dan juga warga pentadbiran Pondok Moden Al Abaqirah (PMA), sentiasa memanjatkan syukur alhamdulillah wasyukrillah kerana Ia adalah sejarah buat kami di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kerana penawaran, keputusan dan kejayaan pertama kali buat negeri ini untuk peperiksaan STAM 2017.
Mohon doa dari semua pihak semoga Allah melindungi, merahmati dan meredhai Pondok Moden Al-'Abaqirah serta murid-muridnya. Semoga ilmu yang bermanfaat serta apa yang dilaksanakan pada masa hadapan akan diberkati Allah SWT.
Jazakallahulkhairan atas kerjasama dan jasa baik semua.