TAKLIMAT GURU-GURU BAITULMAL DI PUTRAJAYA

Saiz Tulisan :

kecik

Pada 11 Januari 2018 telah diadakan satu perjumpaan dan taklimat kepada guru-guru  Baitulmal Maiwp di bilik Mesyuarat MAIWP Cawangan Putrajaya.Seramai 15 orang guru dari sekolah-sekolah sekitar Putrajaya telah hadir bagi mendengar sesi taklimat tersebut.

Taklimat yang disampaikan oleh Pengurus MAIWP Putrajaya iaitu Ustazah Wan Maizatun Binti Wan Hassan telah menyentuh beberapa perkara berkenaan Baitulmal khususnya bantuan am persekolahan, bantuan peralatan sekolah dan kaedah pengiraan had kifayah.

Taklimat ini juga turut memberi pendedahan kepada guru-guru untuk mengenalpasti pelajar-pelajar mereka yang boleh diketegorikan sebagai asnaf. Semoga dengan pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan warga MAIWP Putrajaya seterusnya memudahkan urusan diantara kedua-dua pihak.

1.jpg2.jpg3.jpg4.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!