BAITULMAL TEMAN DISISI

Saiz Tulisan :

DEL 4273

14 Jan - Selaras dalam matlamat MAIWP untuk melahirkan usahawan asnaf berjaya. Majlis Perasmian Koperasi Asnaf KL (KOASKL) Berhad telah diadakan di Dewan Seminar, Bangunan Perkim, Kuala Lumpur.

Pengerusi KOASKL adalah Encik Abdul Razak bin Hamid iaitu pengusaha sos cili yang telah berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga ke luar Negara. Majlis ini disempurnakan oleh Ustazah Damithah binti Ibrahim, Ketua Unit Pembangunan Asnaf Baitulmal MAIWP.

Tujuan penubuhan KOASKL ini untuk menghimpunkan usahawan-usahawan asnaf Baitulmal MAIWP bagi mentranformasikan usahawan asnaf sebagai usahawan berjaya. Selain itu juga, membantu usahawan asnaf membuka peluang mereka untuk membina jaringan perniagaan yang lebih luas. . Usahawan ini terdiri yang berkecimpung dalam perniagaan makanan, peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan. Baitulmal berperanan sebagai pemantau dan membantu usahawan mengembangkan perniagaan asnaf Kuala Lumpur.

Dalam majlis ini turut melantik AJK KOASKL bagi menyuntik motivasi antara asnaf dalam kalangan ushawan asnaf dalam perniagaan. Semoga usahawan asnaf terus maju dan mampu menjana pendapatan sekaligus dapat meningkat taraf hidup mereka.

DEL_4213.jpgDEL_4243.jpgDEL_4251.jpgDEL_4252.jpgDEL_4273.jpggambarkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!