TEMUDUGA PELAJAR BAHARU DI PONDOK MODEN AL-'ABAQIRAH

Saiz Tulisan :

kecik

6 Jan 2018, Batu Caves-  Kira-kira 70 orang pelajar menghadiri sesi temu duga untuk kemasukan pelajar Tingkatan Empat (Tahun  1) bagi tahun 2018. Kesemua calon akan menduduki ujian bahasa Arab dan hafazan al-Quran sebagai memenuhi aspek penilaian ke pondok tersebut.

Ustazah Nur Aini selaku Pengarah Program Pengambilan Pelajar menjelaskan bahawa hanya calon yang berkelayakan selepas melalui proses penilaian tersebut akan berpeluang menyambung pengajian di PMA.

Pengetua Pondok Moden Al-'Abaqirah, Al-Sheikh Al-Mudir Ustaz Muhammad Al-Zubair  berasa gembira kerana proses temu duga berjalan lancar dan harmoni. Beliau bersyukur memandangkan ramai ibu bapa dari seluruh negeri kelihatan teruja menghantar anak mereka meneruskan pembelajaran peringkat menengah atas ke pondok berkenaan.

Harapan seluruh warga PMA agar pusat pengajian yang menekankan pembelajaran kitab-kitab agama dan akademik ini berkembang menjadi sebuah institusi pengajian yang masyhur suatu hari nanti.

kecik.jpgPELAJAAR BAHARU.jpgPELAJAR BAHARU.jpgPELAJAR BAHARUU.jpgPELAJARR BAHARU.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!