MINGGU SILATURAHIM PELAJAR BAHARU IKB SESI 2018/2019
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
3-5 Januari - Selamat datang diucapkan kepada 107 orang pelajar baharu yang telah mendaftar di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) pada hari Rabu yang lalu. Proses pendaftaran bagi sesi 2018/2019 telah diadakan di Dewan Ibn Jamaah IKB yang telah ditetapkan dan proses pendaftaran berjalan dengan lancar.
Pelajar baharu mula mendaftar seawal jam 8:30 pagi. Mereka diiringi ibu bapa serta ahli keluarga yang sama-sama berkongsi kegembiraan atas kejayaan ahli keluarga mereka yg berpeluang melanjutkan pelajaran di IKB.
Proses pendaftaran menjadi lebih teratur kerana maklumat pelajar baharu telah dimasukkan ke dalam sistem dalam talian terlebih dahulu. Semasa sesi pendaftaran, mereka menerima baju program MSR, pek penjagaan diri (basic), serta mendapatkan kunci bilik asrama.
Antara pengisian Program Minggu Silaturahim adalah taklimat IKB yang disampaikan oleh Encik Affandey bin Yaakub selaku Pengetua IKB. Diselitkan juga aktiviti-aktiviti fizikal dan kerohanian yang dapat membangkitkan semangat pelajar baharu ini. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Semoga pelajar baharu ini dapat menyesuaikan diri dapat mencapai objektif pembelajaran di samping sahsiah diri yang jitu serta dapat menjadi insan yang berguna.