PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2018
8 Januari 2018 - Program Persediaan Diploma adalah satu program yang diasaskan oleh UTHM bertujuan untuk memberi pengukuhan asas Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat. Pelajar diberi pendedahan yang menyeluruh bagi mengukuhkan lagi tahap kefahaman pelajar mengenai subjek-subjek seperti Algebra, Kalkulus, Sains Kejuruteraan dan Bahasa Inggeris.
Program Persediaan Diploma yang bakal ditawarkan akan membuka peluang kepada calon-calon lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Diploma di UTHM. UTHM sebagai salah sebuah IPTA yang dapat membantu masyarakat khususnya pelajar untuk membina masa depan yang lebih terjamin dengan ilmu akademik yang diperolehi
Permohonan adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM. Program ini memberi peluang kepada para pelajar merasai suasana pembelajaran dalam persekitaran universiti.
Darul Kifayah telah menghantar seramai 3 orang pelajar mengikuti pengajian Pra Diploma Universiti Tun Hussein Onn di UTHM Parit Raja, Batu Pahat. Tempoh pengajian selama 4 bulan bermula Januari hingga April 2018. Butiran adalah seperti berikut :
BIL NAMA KOS
1. MUHAMMAD NAZRUL TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. MUHAMMAD TARMIDZI TEKNOLOGI MAKLUMAT
3. NUR EDLEEN FATMA TEKNOLOGI MAKLUMAT