LAPORAN BENGKEL PENGGUBALAN SOALAN UNTUK LANTIKAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM, GRED S41
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
18 – 20 Disember 2017 - Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah mengadakan Bengkel Penggubalan Soalan Untuk Lantikan Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S41 di The Pines Hotel Melaka.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk merangka dan menggubal soalan-soalan yang akan digunakan dalam peperiksaan secara atas talian. Peperiksaan ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Penambahbaikan ini adalah selaras dengan usaha penambahbaikan proses pengambilan pegawai di MAIWP bagi memberi peluang kepada lebih ramai pemohon untuk dinilai sebelum proses temuduga diadakan. Bagi pelantikan imam ini, ia di gunakan sebagai projek perintis dengan kerjasama daripada SPA dan Jakim.
Turut serta pada bengkel kali ini adalah wakil daripada SPA, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI dan JAKIM