PENILAIAN SKT 2017 DAN KPI 2018
29 Disember – Memasuki tahun 2018, MAIWP telah mengadakan Bengkel penilaian Sasaran Kerja Tahunan 2017 dan Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2018.
Bengkel dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan dihadiri pengurusan tertinggi dan pengurus bahagian-bahagian di MAIWP.
“Secara keseluruhannya, setiap bahagian telah mencapai sasaran tugas yang ditetapkan. Adalah diharapkan ia dapat terus dikekalkan dan ditambahbaik pada tahun 2018,” kata YBhg. Dato’ KPE.
Beberapa KPI pengurus-pengurus bahagian juga telah ditetapkan untuk dicapai pada tahun 2018. Pelaksanaan KPI ini antaranya bagi memastikan pelanggan MAIWP khususnya asnaf dan pelajar/ pelatih institusi di bawah MAIWP mendapat manfaat semaksimum mungkin hasil daripada pelaksanaan perkhidmatan MAIWP.