MOU MENAIKTARAF SURAU BUSTANUL ULUM
7 Disember - Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan antara MAIWP dan Khazanah Nasional bagi Cadangan Pembangunan Semula Surau Bustanul Ulum yang terletak di dalam Projek Cadangan Pembangunan Taman Tugu oleh Khazanah Nasional Berhad.
MAIWP telah diwakili oleh Setiausaha MAIWP iaitu Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), En.Zahed Bin Saidin.
Surau sedia ada seluas 0.39 ekar berkapasiti 1,200 jemaah akan digantikan oleh pihak Khazanah dengan bangunan baru berstatus surau jumaat berkapasiti 1,800 jemaah beserta 4 unit kuarters 2 tingkat di atas tanah seluas 3 ekar
Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan bermatlamatkan keuntungan yang terdiri dari berbilang komponen. Inisiatif ini diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama pelbagai agensi sektor awam, syarikat swasta serta pertubuhan masyarakat.
Tujuan Taman Tugu adalah untuk menjadi sebuah hutan urban untuk pelbagai komuniti. Ia akan melengkapi Taman Botani Perdana yang telah direkabentuk dengan cantik. Penciptaan kawasan hijau ini melibatkan pemuliharaan pokok-pokok yang sedia ada dalam lingkungan tapak seluas 66 ekar