AHLI JAWATANKUASA UNDANG-UNDANG BAHARU
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Jawatankuasa Undang-Undang (JKUU) ditubuhkan oleh MAIWP berperanan memantau dan memerhati gerak kerja yang dilaksanakan di MAIWP supaya bertepatan dengan lunas perundangan dan selari dengan kehendak Hukum Syarak.
JKUU menampilkan 9 orang ahli baharu yang terdiri daripada pengamal undang-undang berpengalaman dan penasihat undang-undang dari agensi kerajaan yang tepilih. Kes-kes melibatkan MAIWP samada sivil mahupun shariah menjadi fokus utama yang akan dibincangkan lebih terperinci di kalangan ahli JKUU. Di samping itu, segala suratcara atau mana-mana perjanjian yang dimeterai oleh MAIWP akan diperhalusi demi memastikan hak dan kepentingan MAIWP terjamin.
Selain itu, JKUU berfungsi meneliti sebarang cadangan pindaan ke atas mana-mana peruntukan di bawah akta sedia ada, kaedah, arahan, pekeliling dan garis panduan yang terpakai ke atas MAIWP sebelum dibawa ke peringkat tertinggi di MAIWP.
Kepakaran dimiliki oleh ahli JKUU dalam bidang tertentu amat diperlukan dalam usaha menambahbaik dan meningkatkan kecekapan urusan perundangan di MAIWP yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.