TINGKATKAN MOMENTUM TAHUN 2018
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
22 Dis. - Majlis Perhimpunan Bulanan Disember 2017 yang diadakan di dewan seminar Bangunan Perkim gamat dengan kehadiran warga MAIWP.
Walaupun bulan Disember adalah bulan para guru tidak mengajar di sekolah namun komitmen yang ditunjukkan bagi menghadiri perhimpunan ini patut dicontohi. Begitu juga dengan warga MAIWP yang korbankan masa rehat hujung tahun untuk bersama-sama menghadiri majlis perhimpunan ini.
Menurut YBhg. Dato’Haji Paimuzi bin Yahya, KPE MAIWP, berakhirnya tahun 2017 bukan bermakna segala tanggungjawab yang diamanahkan turut berakhir. Sebaliknya segala kerja yang bakal mendatang diperhalusi lagi agar ia dapat memberikan impak yang besar terutama dalam membantu golongan asnaf yang semakin meningkat. Peningkatan ini bukan bermakna orang ramai semakin susah namun terdapat beberapa perkara telah ditambahbaik sesuai dengan keperluan semasa.
“Saya berharap momentum gerak kerja seperti ini sentiasa dilaksanakan agar kita semua berada di paksi yang sewajarnya terutama dalam menyantuni para asnaf. Pada masa yang sama juga tidak dilupakan kepada para pembayar zakat yang sentiasa menunaikan tanggungjawab berzakat”, katanya ketika memberikan ucapan.
Para pengamal media juga tidak dilupakan kerana hasil tularan dan hebahan mereka sangat membantu MAIWP dalam usaha menjejaki mereka memerlukan.
Pada hari tersebut selain ada aktiviti jualan produk asnaf MAIWP, turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma oleh MAIWP Helathcare. Selain itu, sebagai galakan kepada penjawat awam membeli rumah, turut diadakan ialah taklimat berkaitan dengan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).