BENGKEL SEMAKAN MANUAL PROSEDUR KERJA BPI
12 – 15 Disember 2017 - Bahagian Pembangunan Insan (BPI) telah mengadakan Bengkel Semakan Manual Prosedur Kerja di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tujuan bengkel ini diadakan untuk mengemaskini prosedur kerja BPI berikutan penambahan institusi baru di bawah BPI. Jadual pelaksanaan Modul Jati Diri (MJD) yang akan dilaksanakan di institusi pendidikan dan perlindungan BPI bagi tahun 2018 turut dibincangkan dalam bengkel ini.
Bengkel ini dihadiri oleh wakil daripada 10 institusi pendidikan dan perlindungan di bawah BPI yang dipengerusikan oleh Pengurus BPI, Hj. Mohammad Rushdan bin Ab Hamid.