PELAJAR SMA-MAIWP KL MENANG PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI HIV SEDUNIA KLINIK KESIHATAN CHERAS 2017
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Seramai lima orang pelajar SMA MAIWP telah menyapu bersih kemenangan dari tempat pertama hingga kelima dalam Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari HIV Sedunia anjuran Klinik Kesihatan Cheras.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di perkarangan Klinik Kesihatan Cheras pada 6 Disember 2017. Para pemenang yang bertuah itu terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.
Johan pertandingan menulis esei ialah Nurul Ain binti Mohd Bazli menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 150.00; Naib Johan dimenangi oleh Nur Shuhadah binti Barudin menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 100.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh Nurul Izzatul Farhani binti Zulkifli menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 75.00. Manakala hadiah saguhati diberikan kepada Nurul Anisah binti Syarifuddin dan Muhammad Asytar bin Azman.
Seramai 350 orang pelajar telah menulis esei yang bertajuk : Apa itu HIV? Bagaimana anda boleh menyokong seorang kawan yang hidup dengan HIV. Pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan serentak pada tarikh 8 November 2017 di SMA MAIWP. Namun, setelah disaring hanya 32 hasil penulisan telah terpilih untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Cheras pada 15 November 2017. Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu telah menyahut cabaran tersebut dan ternyata usaha gigih tersebut membuahkan hasil apabila berjaya menggondol hadiah utama sekaligus menjadi pendorong kepada para pelajar SMA MAIWP untuk terus menyertai pelbagai pertandingan esei di peringkat kebangsaan dan antaarabangsa pada masa-masa akan datang.