PESANAN TKPE (OPERASI) KEPADA WARGA PEMBANGUNAN INSAN
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Ustaz Mohd Ajib bin ismail yang baharu melapor diri pada 12 Disember 2017 telah mengadakan lawatan rasmi ke institusi-institusi BPI.
Jadual lawatan TKPE (Operasi) ke Bpi bermula dengan lawatan ke Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) pada 18 Disember 2017, diikuti dengan lawatan ke Darul Kifayah, Pondok Moden Al-Abaqirah (PMA) dan Dar Assaadah pada 19 Disember 2017 dan diikuti dengan lawatan ke BPI ibu pejabat di PERKIM pada 20 Disember 2017. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat perjalanan operasi institusi-institusi pendidikan dan perlindungan di bawah BPI.
Di dalam ucapan beliau, beliau berpesan agar semua warga BPI menjaga empat perkara dan enam prinsip dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menepati kehendak pelanggan.
Warga BPI mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Ustaz Ajib bin Ismail di atas kesudian membuat kunjungan dan beramah mesra dengan semua warga BPI.
4 Aspek yang perlu dijaga
1.Kebijaksanaan
2. Kekuasaan
3. Kasih Sayang
4. Pertuturan
6 prinsip bekerja dengan gembira
1. Saling berkongsi
2. Saling memberi
3. Saling menyayangi
4. Saling memberi
5. Saling memaafkan
6. Saling memahami