BENGKEL LAPORAN SIASATAN DAN FAIL MEJA BAITULMAL MAIWP TAHUN 2017

Saiz Tulisan :

DEL3734

8-11 Disember – Seramai 90 orang pegawai Baitulmal MAIWP menyertai Bengkel Laporan Siasatan Dan Fail Meja telah diadakan di The Regency Waterfront Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu.

Bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya. Tujuan Bengkel laporan siasatan dan fail meja ini adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mekanisme pengagihan zakat supaya lebih berkesan dan menepati golongan sasaran serta operasi dan gerak kerja di Bahagian Baitulmal akan lebih tersusun dan didokumentasikan bagi memudahkan rujukan kepada pegawai dan kakitangan di MAIWP;

Selain itu juga, para pegawai Bahagian Baitulmal MAIWP dapat mengetahui dengan jelas peranan dan fungsi setiap prosedur serta jaminan bagi pelaksanaan tugas yang efisyen dan teratur;

Kefahaman pegawai Bahagian Baitulmal MAIWP terhadap tatacara, sistem dan dasar bantuan. Pematuhan kepada peraturan semasa yang berkuatkuasa juga adalah nilai tambah dalam usaha meningkatkan sistem perkhidmatan awam Bahagian Baitulmal dan MAIWP.

Dengan bengkel laporan siasatan dan fail meja yang dijalankan diharapkan dapat memberi manfaat dan menambahbaik perkhidmatan kepada asnaf di Wilayah Persekutuan.

DEL3552.jpgDEL3725.jpgDEL3726.jpgDEL3730.jpgDEL3732.jpgDEL3733.jpgDEL3734.jpgGMBARKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!