MAKLUMBALAS MAIWP BAGI BERITA BERTAJUK JKM, BAITULMAL DIGESA KAJI SEMULA CIRI MISKIN BANDAR
MAKLUMBALAS MAIWP BAGI BERITA BERTAJUK JKM, BAITULMAL DIGESA KAJI SEMULA CIRI MISKIN BANDAR
Dalam menentukan kelayakan penerima bantuan zakat bagi golongan fakir dan miskin di Wilayah Persekutuan, MAIWP menggunapakai kaedah pengiraan Had Kifayah yang telah ditetapkan.
Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Pengiraan ini mengambilkira keperluan asas setiap individu dalam keluarga. Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan (tempat tinggal), makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.
Jumlah pengiraan Had Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon.
Sekiranya jumlah pengiraan Had Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.
Kadar Had Kifayah ini sentiasa dikaji oleh MAIWP setiap 3 tahun sekali untuk diselaraskan dengan keperluan semasa dan kekal releven.
Kajian dan penambahbaikan kali terakhir telah dibuat pada tahun 2014 dan berdasarkan jadual tersebut, kajian Had Kifayah baru akan dibuat pada tahun hadapan.
Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
19 Disember 2017