PERGINYA SEORANG TOKOH ZAKAT

Saiz Tulisan :

kecik

Tuan Haji Mohd Rais bin Haji Alias  merupakan nama yang tidak asing dalam dunia pengurusan zakat di negara ini.  Beliau merupakan antara individu terawal berkecimpung dalam pengurusan zakat di kala pengurusan zakat mula diperkemaskan di negara ini.

Beliau antara kakitangan terawal semasa Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) ditubuhkan pada awal tahun 1990. Semangat yang mendalam dalam menaikkan syiar zakat  di negara ini mendorong beliau untuk terus kekal berkhidmat di PPZ-MAIWP sehinggalah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP pada 1 Januari 2012.

Komitmen dan usaha beliau bersama pasukannnya membolehkan PPZ-MAIWP mencatatkan peningkatan kutipan zakat setiap tahun. Pelbagai pembaharuan dibuat bagi memberi nafas baru dalam meningkatkan kesedaran dan memudahkan  umat Islam untuk menunaikan zakat.
Lebih membanggakan beliau merupakan anak jati Wilayah Persekutuan.

Pada 12 Disember 2017 baru-baru ini, beliau telah kembali bertemu Ilahi pada usia 55 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Tawakkal, Jalan Pahang. Jenazah telah disemadikan di  Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah.

Semoga Allah mencucuri rahmatnya dan sama-sama kita doakan arwah ditempatkan di syurgaNya yang tertinggi bersama-sama orang- orang yang soleh.
Innalillahiwaiinnailaihirajiun..Al-Fatihah.

25348834_1728147847243533_809775344111734347_n.jpgkecik.jpgrais.jpgrais1.jpegrais2.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!