BREAKFAST TALK
6 Disember- Integriti merupakan elemen penting bagi mengelakkan penyelewengan,salah guna kuasa dan rasuah. Dengan adanya integriti, sesebuah organisasai dapat memajukan prinsip “good governance”, menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi dan memberikan keyakinan & kepuasan kepada pelanggan.
MAIWP sentiasa menerapkan budaya integriti dalam kalangan warganya. Baru-baru ini, Unit Integriti MAIWP telah mengadakan program “Breakfast Talk” Siri 2/2017 di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM. Ia melibatkan seramai 100 orang pegawai terdiri daripada pegawai kumpulan sokongan.
Pada program tersebut, para peserta diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing secara terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dato’ Haji Paimuzi Bin Yahya secara bual bicara santai
Breakfast Talk merupakan satu platform kepada pegawai sokongan untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan tertinggi berkaitan isu-isu integriti. Beberapa perkara telah dibangkitkan dan akan dibawa untuk perbincangan di peringkat pengurusan untuk tindakan selanjutnya.