SELAMAT DATANG TKPE (OPERASI) BAHARU
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
12 Dis- MAIWP mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Mohd Ajib bin Ismail yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP yang baharu.
Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Maaysia (JAKIM) telah dipinjamkan ke MAIWP sebagai TKPE (Operasi) bermula 12 Disember 2017.
Sesi perjumpaan bersama pengurusan MAIWP telah diadakan dan beliau telah diberi taklimat awal mengenai MAIWP. Selesai sesi taklimat, beliau telah dibawa melawat ke semua bahagian yang berada di ibu pejabat MAIWP Bangunan PERKIM bagi sesi suai kenal.
Semoga pengetahuan dan pengalaman luas yang ada pada beliau akan membantu MAIWP melaksanakan agenda pembangunan ummah dengan lebih cemerlang.