BAITULMAL TIMBA ILMU AGIHAN ZAKAT
Baitulmal MAIWP telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terangganu pada 10 Disember 2017.
Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Talmizi Yahya bersama Ketua Unit dan pegawai-pegawai Baitulmal MAIWP bagi menimba ilmu dan berkongsi pengalaman agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIDAM.
Kunjungan baitulmal telah disambut oleh En Mahari bin Abdul Rahman , Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan MAL) MAIDAM. Taklimat agihan zakat MAIDAM oleh Ustaz Nazli Ammirri, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat).
Tujuan kunjungan hormat ini untuk melihat lebih dekat gerak kerja dan operasi MAIDAM dalam kutipan dan agihan zakat di Terangganu. Dalam taklimat yang disampaikan “MAIDAM sentiasa mengambil MAIWP sebagai “benchmark” pada kami untuk memperkemaskan lagi agihan zakat di Terangganu” .
Selain itu juga, sesi bertukar-tukar pandangan antara MAIDAN dan MAIWP dalam agihan zakat supaya dapat disalurkan ke golongan sasar dapat dipertingkatkan.
Semoga dengan pertemuan ini akan meningkatkan lagi hubungan antara dua agensi dalam membantu menjalankan usaha meningkatkan pembangunan ummah dan mengeratkan hubungan kerjasama antara sesama jabatan.