JAUHI PENYELEWENGAN DAN RASUAH

Saiz Tulisan :

kecik

30 Okt. – “Semua warga MAIWP adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan sebagai penjawat awam dan tidak terlibat dalam penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa,”.

Pesanan tersebut disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP di Perhimpunan Bulanan MAIWP November 2017 yang diadakan di Dewan Seminar ibu pejabat MAIWP.
Menurut beliau, MAIWP memikul amanah para pembayar zakat. Dana yang diterima harus diurus dan diagihkan dengan penuh amanah, telus dan bertanggungjawab.  “Oleh itu sebarang perbuatan penyelewengan dan rasuah harus dihindari,” tegas beliau.
Tambah beliau lagi, MAIWP harus proaktif dalam membuat hebahan tentang aktiviti agihan zakat yang dilaksanakan. Perkara ini akan mampu meningkatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat untuk  menunaikan zakat kepada MAIWP.

Pada majlis kali ini turut diadakan slot perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Puan Wan Azira binti Wan Salleh, Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat. Beliau baharu sahaja selesai mengikuti Kursus Khas Pengurusan di United Kingdom anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selama sebulan bermula 16 Oktober  hingga 17 November yang lalu.
YBhg. Dato’ KPE turut menyampaikan Anugerah Pegawai Breprestasi Bulanan September 2017 dan sijil kepada kumpulan Sufi yang telah mendapat Gold Award di Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 18 November yang lalu.

000_6566.JPGasnaf (1).jpgasnaf (2).jpgDSC_0020.JPGDSC_0037.JPGDSC_0069.JPGDSC_0073.JPGkecik.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!