LAWATAN “HIJRAH” KPE MAIWP KE SMA-MAIWP DAN SMISTA

Saiz Tulisan :

kecik

20 dan 21 November 2017 - Satu lawatan kerja rasmi YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ke institusi pendidikan menengah MAIWP (SMA-MAIWP & SMISTA).

Lawatan ini merupakan antara siri terakhir lawatan KPE MAIWP ke seluruh institusi MAIWP yang berada di luar ibu pejabat. Lawatan ini yang dianggap sebagai lawatan  ‘hijrah’ yang kebetulannya pada 1 dan 2 Rabiul Awal 1439H. YBhg. Dato KPE berharap agar lawatan ini dapat membuka ruang kepada warga pendidik dan pelajar berhijrah ke satu tahap yang lebih cemerlang.  

Kehadiran Dato’ KPE disambut meriah oleh pengetua, pentadbir dan guru-guru sekolah masing-masing. Turut hadir sama dalam lawatan itu, pengurus-pengurus bahagian di MAIWP dan pegawai-pegawai dari BPI. Warga sekolah masing-masing mengambil peluang dengan pertemuan ini untuk mengajukan pendapat, pandangan dan cadangan penambahbaikan untuk operasi sekolah pada masa hadapan yang berkaitan dengan peranan MAIWP.     

Menerusi ucapan YBhg. Dato’ KPE MAIWP, beliau berhasrat agar pihak sekolah memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu akademik, sahsiah dan ko-kurikulum pelajar.  Guru-guru juga disarankan agar memberi perhatian kepada permasalahan pelajar.  MAIWP juga menyokong penuh penglibatan pelajar dalam aktiviti di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.

kecik.JPGlawatan ceo maiwp 002.JPGlawatan ceo maiwp 006.JPGSMISTA_LAWATAN CEO 2.jpgSMISTA_LAWATAN CEO.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!