EMPAT NEGARA KONGSI PENGALAMAN MAJUKAN ASNAF

Saiz Tulisan :

kecik

Usaha MAIWP dalam membangunkan taraf hidup asnaf telah dikongsi dalam Seminar Pembangunan Asnaf Serantau pada 23 hingga 24 November yang lalu.

Kertas kerja bertajuk “Program Pemerkasaan Asnaf: Pengalaman MAIWP” telah dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP yang mewakili Malaysia.

Negara-negara lain yang turut membentangkan kertas kerja adalah Brunei, Indonesia dan Singapura. Negara-negara ini adalah negara yang terlibat dalam Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) yang diurusetiakan  oleh JAKIM.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapannya beliau menyatakan zakat merupakan instrumen ekonomi Islam terbaik dalam membasmi kemiskinan. Oleh itu, semua pihak diseru dapat memberikan kerjasama kepada agensi mengurus zakat bagi memastikan manfaat zakat dapat digembleng sebaik yang mungkin.

Seminar Pembangunan Asnaf Serantau dianjurkan bersama oleh MAIWP dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan diadakan serentak dengan perasmian Bulan Zakat Kebangsaan. Penganjurannya adalah rentetan keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke-41 dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS ke-17 Tahun 2016 pada November 2016.

Program ini dihadiri hampir 1,200 orang peserta daripada 4 buah negara MABIMS. Mereka terdiri daripada amil, asnaf, warga agensi mengurus zakat, pensyarah dan pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi serta orang awam.

Negara Brunei Darussalam menghantar 5 orang peserta, Rebublik Singapura seramai 2 orang manakala Rebulik Indonesia menghantar seorang peserta.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Tabung Haji (LTH), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut bekerjasama adalah Bank Islam Malaysia Berhad dan Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy.

000_5200.JPG000_5205.JPG000_5240.JPG000_5489.JPG000_5823.JPG000_5830.JPGDSC_0326.JPGkecik.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!