PROGRAM SEMBELIHAN BERI MANFAAT BERGUNA

Saiz Tulisan :

kecik

10 November - Seramai 81 orang pelajar Tingkatan 3 SMISTA MAIWP menimba pengalaman berharga sebagai bekalan masa depan apabila berpeluang menyertai Program Amali Sembelihan yang diadakan di sekolah.

Penyelaras program, Ustazah Nur Sazrina berkata, pelajar terlibat didedahkan kepada cara penyembelihan yang mengikut syara’ dan diberi peluang mempraktikkan ilmu berkaitan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
Menurutnya, pelajar menerima pendedahan berharga apabila berpeluang mengikuti sepenuhnya dari proses penyembelihan, membersih, memasak hingga proses menghidang makanan.

Perasmian program disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah PPWPKL, Ustaz Azman Bin Mat Nor @ Zakaria.
“Terima kasih kepada semua pihak berkenaan yang terlibat terutama Panitia Pendidikan Islam dan semua guru yang bekerjasama menganjurkan program bermanfaat ini kepada para pelajar, moga dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang cara-cara penyembelihan yang sempurna mengikut syara’,” katanya

 

23316587_1692836760767654_6673708060383618009_n.jpg23316639_1692835934101070_4570944927287944734_n.jpg23316733_1692836500767680_6668982157765398246_n.jpg23319271_1692835827434414_6046606067028525965_n.jpg23319503_1692836044101059_3755003042000205490_n.jpg23376490_1692835834101080_4054573788879353272_n.jpg23434802_1692835837434413_858661482469988471_n.jpg23472816_1692836730767657_8544445997173751703_n.jpg23517694_1692836674100996_7876549749971585055_n.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!