PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN DAN LATIHAN KEBAKARAN DARUL ILMI
21 November 2017 - Darul Ilmi, Bahagian Pembangunan Insan telah mengadakan Program Ceramah Keselamatan dan Latihan Kebakaran di Darul Ilmi Objektif program ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman kepada penghuni tentang kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/ kecemasan.
Program ini dikendalikan oleh 3 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat TTDI. Penghuni diberi taklimat tentang kebakaran dan teknik penggunaan alat pemadam api untuk menyelamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan. Selepas itu, penghuni diberi tunjuk ajar cara-cara penggunaan alat pemadam api sekiranya berlaku kebakaran. Penghuni dapat merasai sendiri dan mengambil pengalaman dalam penggunaan alat pemadam api.