MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA ISLAM MAIWP 2017
9 November 2017 – Telah berlangsung Majlis Konvokesyen Tadika Islam MAIWP Zon Titiwangsa yang telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan.
Majlis ini setiap tahun didakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan prasekolah. Penganugerahan ini juga dapat memberi motivasi dan menyuntik semangat murid-murid untuk meneruskan sesi persekolahan di Tahun Satu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya yang telah dihadiri oleh para Ibubapa murid-murid, Guru-guru dan pegawai-pegawai MAIWP. Turut hadir, Encik Mohamad Rushdan bin Ab.Hamid selaku Pengurus Bahagian Pembangunan Insan.
Beberapa persembahan telah menarik minat tetamu jemputan yang hadir, antaranya ialah persembahan Nasyid, Bicara Berirama (Coral Speaking) dan Sajak oleh murid-murid yang telah dimenangi di Peringkat Festival Kesenian &Kebudayaan Tadika Islam MAIWP.
Acara Kemuncak ialah penyampaan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Antaranya ialah penyampaian Anugerah Tokoh Murid, Tokoh Pintar Al-Quran dan Tokoh Kurikulum Terbaik. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan Sijil Penghargaan kepada murid-murid Tadika Islam MAIWP.